Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar Air Panas Ginzan Onsen hadkan kemasukan pengunjung harian

    TOKYO, 23 DIS – Sebuah bandar air panas Jepun yang terkenal dengan pemandangan bersalji mula mengehadkan kemasukan pengunjung hari ini sebagai percubaan untuk menangani masalah pelancongan berlebihan semasa musim sejuk.

    Ginzan Onsen, sebuah bandar terpencil di wilayah Yamagata utara, menarik sekitar 330,000 pelawat setiap tahun. Ramai yang berkongsi gambar dalam talian mengenai bangunan-bangunan lama yang diseliputi salji dan diterangi cahaya lampu yang mencipta suasana nostalgia.

    Namun, peningkatan pelancong menyebabkan pelbagai masalah seperti kesesakan jalan, pertengkaran dan gangguan lain.

    Keadaan itu tidak terkecuali di destinasi lain seperti Kyoto dan Gunung Fuji yang juga berdepan cabaran serupa.

    Mulai hari ini, hanya mereka yang menginap di hotel tempatan dibenarkan memasuki bandar itu selepas jam 8 malam, manakala mereka yang ingin melawat antara jam 5 petang hingga 8 malam perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

    Jepun telah menyaksikan kemasukan pelancong asing yang mencatatkan rekod pada tahun ini ekoran yen yang lemah, meningkatkan lonjakan pelancongan pasca-pandemik.

    Sehingga akhir Februari, pengunjung harian akan diminta untuk meletak kenderaan mereka di pusat pelancongan dua kilometer dan menaiki bas ulang-alik dengan bayaran tertentu.

    Laman web rasmi Ginzan Onsen menyatakan bahawa percubaan itu dimulakan selepas beberapa tahun perbincangan dengan pihak berkuasa berharap dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan pengunjung. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda