Friday, February 7, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar Bucheon dinobat Bandar Sastera UNESCO

    BANDAR BUCHEON, Korea Sela-tan, 1 Nov – Bandar Bucheon di Korea Selatan, hari ini mengumumkan bandar itu dipilih menjadi Bandar Sastera UNESCO, yang pertama di Asia dan ke-21 di dunia, lapor agensi berita Yonhap.

    Bandar Sastera adalah sebahagian daripada program badan budaya global di bawah Rangkaian Bandar Kreatif yang bertujuan memupuk kepelbagaian budaya.

    Dilancarkan pada 2004, rangkaian itu kini mempunyai 180 ahli dari 72 negara, merangkumi tujuh bidang kreatif iaitu kraf dan seni rakyat, reka bentuk, filem, gastronomi, kesusasteraan, muzik dan seni media. Negara pertama dinobatkan Bandar Sastera ialah Edinburgh, Scotland pada 2004, diikuti Melbourne, Australia (2008) dan Iowa City (2008).

    Bandar Sastera bermaksud bandar itu sarat dengan kegiatan ekonomi, sosial, dan kebudayaan yang berkaitan dengan aktiviti kesusasteraan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda