CALIFORNIA, 30 JULAI – Sebuah bandar di California Selatan telah menjadi yang pertama di negara itu untuk menggantikan kereta peronda polisnya dengan kenderaan elektrik (EV), umum para pegawai kelmarin dengan melancarkan armada 20 kereta Tesla baharu.
Pasadena Selatan di pinggir Los Angeles akan menggantikan kereta peronda polisnya yang menggunakan gas dengan Tesla untuk membantu melindungi kesihatan awam dan memerangi perubahan iklim melalui pengurangan pelepasan.
Kereta-kereta Tesla berkenaan akan menggunakan pengecas EV baharu yang dipasang di dewan bandaraya, kata pegawai- pegawai.
Kenderaan polis biasanya lebih banyak berhenti berbanding kenderaan lain apabila pegawai mengawal lalu lintas atau menjawab panggilan kecemasan, yang menambah kepada pelepasan gas, kata Michael Cacciotti, ahli majlis perbandaran dan pegawai kualiti udara serantau. – AP
