Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar China dilanda ribut pasir

    BEIJING, 27 JULAI – Ribut pasir dengan ketinggian 100 meter seolah-olah ‘menelan’ sebuah bandar di Gurun Gobi, barat laut China.

    Kejadian itu hampir menyamai adegan dari sebuah filem berlatarbelakangkan bencana alam.

    Lokasi tarikan pelancong dengan pelbagai kisah sejarah, Dunhuang hilang seketika apabila debu tebal menyelubungi kawasan itu ketika ribut melanda baru-baru ini.

    Seorang penduduk, Zhang, memberitahu media tempatan, Jimu News bahawa ribut pasir itu muncul secara tiba-tiba dan menutupi bandar itu dalam tempoh lima atau enam minit.

    “Saya tidak dapat melihat matahari. Pada mulanya, saya diselimuti debu kuning ribut pasir, lalu berubah menjadi merah dan akhirnya hitam,” katanya yang turut memberitahu bandar di wilayah Gansu itu tidak pernah mengalami ribut pasir sejak beberapa tahun lalu.

    Ribut pasir sering terjadi di rantau ini, setiap kali musim bunga tetapi jarang berlaku pada musim panas, menurut agensi berita China News Service. – AFP

    Ribut pasir menyelubungi sebuah bangunan di bandar Dunhuang, China baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda