BEIJING, 27 JULAI – Ribut pasir dengan ketinggian 100 meter seolah-olah ‘menelan’ sebuah bandar di Gurun Gobi, barat laut China. Kejadian itu hampir menyamai adegan dari sebuah filem berlatarbelakangkan bencana alam. Lokasi tarikan pelancong dengan pelbagai kisah sejarah, Dunhuang hilang seketika apabila debu tebal menyelubungi kawasan itu ketika ribut melanda baru-baru ini. Seorang penduduk, Zhang,