MANILA, 1 JUN – Manila hari ini kembali hidup daripada salah satu sekatan pergerakan terpanjang di dunia ketika Filipina berusaha untuk memperbaiki ekonominya yang musnah teruk walaupun bilangan jangkitan baharu bertambah.
Jalan-jalan di bandar dipenuhi dengan trafik dan pengangkutan awam terhad yang disambung semula ketika penduduk bekerja semula di bandar yang mempunyai 12 juta penduduk itu selepas hampir tiga bulan dikuarantin dalam rumah.
Banyak perniagaan telah dibenarkan untuk dibuka semula di bandar itu, namun sekolah-sekolah, bar, restoran dine-in kekal ditutup.
“Virus itu menakutkan namun sama ada anda yang mati akibat virus atau anda mati akibat kelaparan,” kata jurujual Himmler Gaston, 59, memberitahu AFP ketika dia memasuki stesen kereta api tempat suhu penumpang diperiksa.
Filipina setakat ini telah melaporkan 18,638 kes dan 960 kematian, namun pakar bimbang ujian terhad bermakna jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.
Terdapat kira-kira 30 peratus lonjakan dalam kes baharu beberapa minggu kebelakangan, yang para pegawai kesihatan katakan disebabkan usaha untuk menyelesaikan longgokan dari makmal-makmal ketika mereka merangsang uji kaji.
Ketika stesen kereta api awam dan bas-bas operasinya disambung semula hari ini, bas mini jeepney yang popular di negara itu telah diarahkan untuk tidak berada di jalan-jalan disebabkan tempat duduknya yang padat.
Gerabak-gerabak kereta api yang biasanya padat kini telah diberikan lapisan plastik untuk menutup beberapa kerusi dan tanda-tanda dibubuh di lantai untuk memastikan para penumpang mengekalkan jarak mereka antara satu sama lain. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-10-A_02062020.jpg)