CONAKRY – Timbunan sampah dan kereta-kereta yang sudah rosak telah dialihkan dari kawasan jalan Conakry, dan penjaja-penjaja jalanan yang berada di jalan utama merasa tidak puas hati apabila mereka diarahkan untuk menutup gerai mereka dan beralih ke tempat lain.
“Kami telah bekerja siang dan malam,” kata pemandu lori, Mamadouba Soumah, yang diarahkan untuk kerja-kerja pembersihan.
Atas arahan menteri, dalam erti kata Soumah, ibu negara Guinea yang kotor dan penuh kemiskinan telah dibaik pulih dan dibersihkan menjadi ‘mutiara lagun dunia.’
Sebab-sebab transformasi ini tidak mempunyai kaitan dengan lawatan VIP asing atau acara sukan utama, namun ianya berkaitan dengan kesusasteraan. Conakry kini akan dijadikan sebagai Pusat Bandar Buku Dunia bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Penghormatan ini akan mengikis kemiskinan, di mana Conakry tidaklah begitu terkenal seperti negara-negara gergasi kebudayaan lainnya iaitu Madrid, New Delhi, Montreal, Turin dan Amsterdam – semua ini pernah memegang gelaran itu sejak tahun penubuhannya 2001.


Sebagai Pusat Bandar Buku Dunia, Conakry berpeluang untuk mempamerkan penubuhan dan kemunculan bakat-bakat baru dalam sastera atau penerbitan buku, samaada dari dalam mahupun luar negara, dan untuk menarik lebih ramai lagi penerbit-penerbit buku utama.
Ia juga merupakan satu peluang keemasan untuk mempromosikan bakat dalam bahagian lainnya iaitu teater, muzik dan panggung wayang. Namun bagi Guinea, gelaran itu juga dapat membantu negara itu untuk mengalihkan masalah wabak Ebola pada tahun 2013-16 di mana ia telah mencacatkan imejnya di mata dunia.
Guinea merupakan pusat bagi penyebaran penyakit itu yang mana telah merebak ke Sierra Leone dan Liberia, membunuh lebih daripada 11,300 orang dan mencetuskan ketakutan terhadap penularannya di seluruh dunia.
Salah satu negara termiskin di dunia – ia berada di kedudukan ke-145 dalam liga Bank Dunia bagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) – Guinea dianugerahkan sebagai bintang kecemerlangan oleh pemantau kesihatan bagi perkhidmatan kawalan Ebola dan mengamalkan cara rawatan yang baik walaupun kekurangan dana dan bantuan alat-alat canggih.
UNESCO juga turut sama terlibat dalam mengungkayahkan program-program kemasyarakatan dan celik membaca, dan ini telah menjadikan bandar itu sebagai pilihan bagi Pusat Bandar Buku Dunia 2017.
Agensi kebudayaan PBB membuat pengumuman itu pada bulan Julai 2015, walaupun sebelum Ebola disytiharkan berakhir secara rasmi.


“Buku, pembelajaran dan membaca adalah kunci kepada kehidupan manusia,” kata ketua pengarahnya Irina Bokova.
“Pelaburan besar Republik Guinea dalam mempromosikan buku dan celik membaca menjadi saksi kepada wawasan yang jelas tentang budaya dan pendidikan sebagai pendorong pembangunan dan pemulihan.”
Program Pusat Bandar Buku Dunia, dilancarkan Ahad lalu, bagi meraikan kepelbagaian budaya Senegal, dan negara-negara berbahasa Perancis telah menjadi tetamu kehormat mereka. Poster gergasi yang berada di lebuh raya utara pinggir laut Conakry telah didirikan bagi memberi kehormatan kepada wira-wira sastera Afrika.
Ia termasuk Leopold Sedar Senghor – penyair Senegal dan bekas presiden yang memacu pergerakan ‘Negritude’ yang menggabungkan identiti antara Perancis dan Afrika.
Para ahli intelektual di Conakry berharap bahawa giliran Guinea untuk menjadi tumpuan ini akan dapat meningkatkan celik huruf penduduk di negara itu di mana hanya 35 sehingga 40 peratus masyarakat Guinea berjaya menamatkan pendidikan mereka. Tidak ramai tahu untuk membaca buku-buku yang mana ia adalah satu kewajipan dalam kurikulum sekolah di sana.
“Jika anda sedang mencari tempat untuk menyimpan wang anda di Guinea, anda simpanlah dalam sebuah buku. Tiada seorang pun akan mencurinya,” kata seorang guru sejarah sambil tersenyum. – AFP