TOKYO, 1 JUN – Ia adalah senario berulang di seluruh dunia: pejalan kaki dilihat begitu terpaku pada telefon mereka semasa berjalan, menyebabkan pelanggaran malah kemalangan. Kini tidak lagi, menurut pegawai di sebuah bandar Jepun.
Para pegawai di bandar Yamato, dekat Tokyo, hari ini menyerahkan rang undang-undang kepada perhimpunan bandar itu untuk menghentikan orang ramai daripada menggunakan telefon mereka semasa berjalan.
“Bilangan orang yang menggunakan telefon pintar mereka telah meningkat pantas begitu juga jumlah kemalangan di kawasan yang mempunyai penduduk ramai,” kata pegawai perbandaran, Masaaki Yasumi kepada AFP.
“Kami ingin mencegahnya,” katanya, menambah jika diluluskan ia akan menjadi tegahan yang pertama seumpamanya di Jepun.
Namun Yasumi berkata tidak akan ada hukuman bagi mereka yang tidak dapat menghindari diri daripada telefon mereka ketika di jalan.
“Kami berharap tegahan itu akan meningkatkan lebih banyak kesedaran tentang bahayanya,” katanya. – AFP