Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bandar ketiga China dikenakan perintah berkurung

    BEIJING, 11 JAN – Penduduk di bandar ketiga China bangun hari ini dan mendapati mereka dikenakan perintah berkurung di rumah ketika negara itu memerangi beberapa penularan, dua tahun sejak ia melaporkan kematian pertama jangkitan yang kini dikenali sebagai COVID-19

    Bandar Anyang di wilayah Henan pada malam kelmarin memaklumkan lima juta penduduknya untuk tidak meninggalkan kediaman mereka atau memandu kereta di jalan raya, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

    Minggu lalu, sejuta orang di bandar Yuzhou – juga sebuah bandar di Henan – diminta kekal di rumah. Xi’an, bandar 13 juta populasi, pula dalam minggu ketiga perintah berkurung.

    China melaporkan 110 kes baharu koronavirus hari ini, satu jumlah kecil berbanding ratusan ribu yang dilaporkan di negara titik panas virus seperti Amerika Syarikat. Namun jumlah itu membimbangkan pihak berkuasa China yang kini sedang bersiap sedia menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing, dengan acara itu sudah pun dijangka mempunyai protokol keselamatan koronavirus yang ketat. – AFP

    Petugas kesihatan mengendalikan pusat saringan di Tianjin selepas bandar ketiga di China mengarahkan penduduknya kekal di rumah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...