RIO DE JANEIRO – Rio de Janeiro berjaya menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun lepas, memantau jenayah-jenayah di teluk dan menangkis ramalan buruk mengenai rasuah, pencemaran alam sekitar dan kos yang berlebihan.
Namun enam bulan selepas perlawanan pertama Amerika Selatan, pintu air telah pecah.
Penganjur Rio masih berhutang kepada pemiutang dalam anggaran AS$40 juta. Empat daripada arena-arena baru di taman utama Olympic Park telah gagal untuk mencari pengurusan sektor swasta dan pemilikan telah dipindahkan kepada kerajaan persekutuan. Sebuah lagi arena baru akan dijalankan oleh bandar (yang mempunyai masalah kewangan) di mana Brazil kini berhadapan kemelesetan ekonomi paling teruk dalam beberapa dekad.
Stadium Maracana yang bersejarah, tapak bagi majlis pembukaan dan penutup acara tersebut, telah dirosakkan apabila pihak pengendali stadium, kerajaan negeri Rio, dan penganjur Olimpik bertengkar me-ngenai pembayaran bil elektrik bernilai AS$1 juta yang belum dibayar. Utiliti elektrik dengan segera memotong semua jana kuasa api elektrik di stadium tersebut, sebuah mercu tanda di bandar itu.
Terdapat beberapa pemain-pemain baru bagi padang golf Olimpik yang bernilai AS$20 juta dan mempunyai bajet yang sedikit untuk penyelenggaraan. Deodoro, kawasan kedua terbesar dalam venue Olimpik Rio, telah ditutup dan sedang mencari sebuah syarikat pengurusan.


Kerajaan Rio de Janeiro juga lewat sebulan dalam pembayaran gaji-gaji guru, pekerja hospital dan pencen-pencen. Negara ini juga melaporkan peningkatan jenayah dalam semua kategori dari kes pembunuhan hinggalah rompakan, yang telah memecahkan rekod pada tahun 2016 .
Gambaran baik, atau lebih teruk lagi?
Sukan Olimpik – dan juga penganjur Piala Dunia 2014 – mempamerkan realiti Rio, sebuah bandar yang romantik dengan pantainya yang luas, sambutan karnival tahunan, dan gaya hidup sensual.
Bandar ini juga terdedah kepada jenayah, pencemaran alam sekitar dan rasuah. Beberapa projek pembangunan di Sukan Olimpik dan Piala Dunia telah terikat kepada siasatan yang telah membawa kepada penahanan berpuluh-puluh ahli politik dan perniagaan yang telah menerima sogokan dalam skandal rasuah terbesar Brazil.
Tiga ahli politik yang memainkan peranan penting dalam penganjuran Sukan Olimpik – bekas Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, bekas gabenor Rio Sergio Cabral dan bekas Datuk Bandar Rio Eduardo – telah disiasat. Cabral, seorang promoter Sukan Olimpik dan Piala Dunia, telah dipenjara atas tuduhan rasuah.
Bil yang tidak berbayar
Sidney Levy, ketua pegawai eksekutif jawatankuasa pe-nganjur Rio, cuba untuk menjalankan penganjuran sukan itu dengan menggunakan wang persendirian sahaja, dan hampir berjaya. Bajet operasi beliau bernilai AS$3 bilion – bagi menjalankan sukan-sukan yang dipertandingkan, bukan untuk pembinaan infrastruktur – merupakan usaha penjimatan dalam standard Olimpik. Namun pada saat-saat akhir, dia terpaksa meminta jaminan 250 juta real (AS$80 juta) dari Bandar Rio dan kerajaan persekutuan untuk menjalankan sukan Paralimpik.
Akhirnya, beliau hanya mendapat 100 juta real (AS$30 juta), dan kekurangan itu mengakibatkan penganjur berhutang kepada pemiutang sebanyak jutaan dolar. Hari ini, Levy berkata dia seorang lelaki yang dilupakan.
“Saya boleh memanggil presiden negara ini, dan panggilan telah diambil perhatian,” kata Levy. “Tetapi cuba hari ini. Saya boleh memanggil IOC dan semua orang. Tetapi kesemuanya mempunyai agenda-agenda masing-masing.”
Levy berkata pihak penganjur telah menerima kerugian hampir AS$200 juta dalam pendapatan semasa acara tersebut apabila penaja-penaja telah menarik diri daripada tawaran yang mahal semasa kemelesetan ekonomi ini.
Levy berkata beliau tidak meminta bantuan kepada IOC untuk membayar hutang-hutang, tetapi pihak badan IOC mengetahui akan wang dahuluan daripada mereka sebanyak jutaan dolar beberapa kali sepanjang acara itu berlangsung.


“Segala-galanya terlalu menyakitkan,” Levy memberitahu The Associated Press. “Kami tidak pernah menikmati acara sukan itu sepenuhnya, bagi mereka; tahun 2016 sememangnya tahun yang paling sukar. Seperti mereka sedang mendaki Gunung Everest, dan ais-ais jatuh ke bibir anda, dan anda tidak dapat melihat.”
Taman Olimpik adalah sebuah bandar hantu; arena yang cantik tapi tiada acara sukan, terbiar, sunyi, taman-taman bunga dijaga rapi, bebas daripada pejalan kaki.
“Arena tersebut sangat cantik,” kata Wagner Tolvai, berjalan di dalam taman bersama teman wanitanya Patricia Silva. “Tetapi kesemua itu terbengkalai, segala-galanya telah terhenti. Tiada siapa berada di sini.”
Beliau menyamakan taman tersebut yang bernilai 2.5 bi-lion real (AS$800 juta) seperti sebuah pusat membeli belah yang baru “yang tiada kedai-kedai atau pelanggan.” Taman ini hanya dibuka pada hujung minggu, dan tidak ada banyak yang perlu dilakukan selain berjalan, berbasikal, mencari tempat berteduh.
Empat arena kekal sedang dijalankan oleh kerajaan persekutuan. Antaranya ialah pusat tenis Olimpik, yang telah digunakan pada awal bulan ini bagi acara sehari kejohanan bola tampar pantai. Bandar ini mempunyai pasir dan pantai yang panjang dan luas.
Dua tempat sementara bagi acara renang dan bola tampar belum lagi ditanggalkan. Bahagian luar bagi acara renang telah mengalami kerosakan teruk di mana lantai-lantai dan papan-papan perhiasan yang ada di dalamnya sudah lusuh atau jatuh ke tanah. Kolam-kolamnya, yang telah ditutup semasa acara itu berlangsung, kini dipenuhi dengan lumpur air dan bertakung.
Jauh dari taman itu, Stadium Maracana yang terkenal telah menarik banyak perhatian. Ia telah diubahsuai untuk Piala Dunia 2014 dengan kos kira-kira AS$500 juta. Ia telah dibiarkan selepas Sukan Olimpik dan Paralimpik, kemudian ia telah dirosakan oleh pemugut yang telah menanggalkan ribuan kerusi dan mencuri televisyen.
Sepanjang jalan dari Taman Olimpik, sebuah Perkampungan Atlet bernilai AS$1 bilion – ia menempatkan kira-kira 10,000 atlet – berpagar dan kosong. Pemaju berkata hanya 260 daripada 3,604 pangsapuri berjaya dijual – kira-kira tujuh peratus.
Akhbar Rio’s Globo melaporkan bahawa Datuk Bandar Rio yang baru, Marcelo Crivella telah mengaturkan pinjaman kos rendah kepada kakitangan awam yang membeli unit tersebut. – AP