Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar Rocket tundukkan Team 409

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Bandar Rocket mengakhiri kempen mereka di Liga Bola Keranjang Kebangsaan 5.11 dengan menduduki tangga keenam daripada sembilan pasukan yang menyertai kejohanan selepas mencatat kemenangan 70-67 ke atas Team 409 di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), di Batu Bersurat, hari ini.

    Rocket mengutip 11 mata selepas mencatatkan kemenangan ketiga dalam kejohanan, tiga mata di hadapan BBA dan Persatuan Bola Keranjang Daerah Belait (BDBA), yang mana kedua-dua pasukan bermain dalam perlawanan kedua, hari ini.

    Dengan kedua-dua buah pasukan terikat lapan mata, pemenang perlawanan kedua terakhir dalam kejohanan akan menghuni kedudukan ketujuh.

    Pada separuh kedua, Team 409 kembali mendahului perlawanan dengan dua mata, 28-26, selepas Matthew Fong melepaskan pemain pertahanan lawan sebelum menjaringkan dua mata.

    Bandar Rocket, mengejar empat mata dari separuh pertama, menikmati perlawanan yang hebat pada separuh kedua selepas Awang Asyraf bin Haji Samin menjaringkan dua mata untuk menjadikan kedudukan 28-28.

    Aksi pemain Bandar Rocket dan Team 409 semasa pertemuan bertempat di Gelanggang BBA, di Batu Bersurat, kelmarin.

    Pemain bawah 23 tahun Bandar Rocket, Awang Ahnaf Wazief melakukan lontaran percuma untuk membantu pasukannya mendahului perlawanan.

    Permulaan yang hebat pada separuh kedua membantu Bandar Rocket mendahului sembilan mata dan mereka kekal bertahan sehingga penghujung perlawanan tatkala Team 409 ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan.

    Terdahulu, Bandar Rocket merekodkan kemenangan ke atas BDBA dan BBA.
    Kejohanan akan berakhir dengan Pasukan Yi’s Nation akan bertemu Yi’s Nation V2 sementara Pasukan Bola Keranjang Easyway akan bermain menentang pasukan Ong Sum Ping.

    Pendahulu liga, Pasukan Bola Keranjang Easyway berada satu mata di hadapan pencabar terdekat dengan 14 mata di hadapan Yi’s Nation V2 dan Yi’s Nation, masing-masing menghuni kedudukan kedua dan ketiga.

    Sementara itu, BBA akan menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang Veteran yang berkemungkinan bermula pada 17 Mei, sebagai usaha untuk mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat.

    Disebabkan oleh kekangan sumber, BBA akan mengehadkan jumlah penyertaan kepada lapan pasukan sahaja.

    Kejohanan dibukakan untuk semua penduduk Brunei Darussalam dengan kad pengenalan dan permit kerja masih sah. Para peserta mesti berumur 40 tahun dan ke atas.

    Pendaftaran kini dibukakan dan akan tutup pada 12 Mei.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda