MANILA, 30 SEPT – Sebuah wilayah selatan Filipina dan ibu negerinya akan diletakkan di bawah sekatan bermula esok dan seluruh negara akan dilonggarkan sekatan untuk merangsang ekonomi negara yang mencatat jangkitan koronavirus tertinggi di Asia Tenggara.
Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan sekatan kuarantin untuk Oktober dalam kata-kata yang disiarkan di televisyen pada malam Isnin. Wilayah Lanao del Sur dan ibu negerinya, bandar Marawi, akan dikenakan sekatan mulai esok disebabkan peningkatan jangkitan dalam beberapa minggu ini.
Duterte dan pegawai tidak memberikan butir lanjut mengenai Marawi, tetapi sekatan akan mengurung kebanyakan penduduk di rumah kecuali kecemasan perubatan dan membeli makanan serta perjalanan penting lain. Gedung membeli-belah dan perniagaan lain boleh beroperasi tidak sepenuhnya tetapi pusat hiburan dan riadah, serta gim dan pawagam harus ditutup.
Manila dan lima bandar lain akan dikenakan sekatan kuarantin umum dengan lebih banyak perniagaan dan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi dengan syarat penduduk memakai penutup mulut dan hidung dan mengamalkan penjarakan sosial. – AP