Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandar Vietnam catat rekod dengan hujan 1.7m dalam 24 jam

    HANOI, 28 OKT – Bandar Hue di bahagian tengah Vietnam mencatatkan hujan melebihi satu meter dalam tempoh 24 jam, memecahkan rekod negara yang telah ditetapkan lebih dua dekad lalu, menurut kementerian alam sekitar hari ini.
     
    Dari jam 7 malam Ahad hingga 7 malam Isnin di Hue, tiga stesen pengukuran merekodkan hujan sebanyak 1.7 meter (lima kaki tujuh inci), 1.1 meter dan lebih 1.0 meter, menurut kenyataan kementerian itu.
     
    Rekod hujan 24 jam sebelum ini ialah 0.99 meter, yang dicatatkan di Hue pada tahun 1999.
     
    Hujan lebat telah menenggelamkan kawasan pesisir tengah Vietnam sejak hujung minggu, menutup sekolah dan membasahi bandar bersejarah Hue, yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
     
    Lebih 8,600 orang di empat wilayah tengah telah dipindahkan ke sekolah dan bangunan awam lain sejak Sabtu kerana risiko banjir besar dan tanah runtuh, menurut kementerian alam sekitar.
     
    Saintis berkata perubahan iklim yang dipacu manusia menjadikan kejadian cuaca ekstrem seperti ribut dan banjir lebih mematikan dan merosakkan. – AFP
     
    Seorang wanita memakai kot hujan menyeberangi jalan yang banjir di Hue, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda