BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Program Bandarku Ceria yang lazimnya diadakan setiap Ahad, akan ditiadakan buat sementara waktu mulai 26 Mac.
Menurut kenyataan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, semua jenis aktiviti pada program tersebut seperti gerai jualan di sepanjang Jalan Pemancha, Jalan Pretty, Jalan Roberts dan Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien akan dibatalkan dan jalan-jalan yang ditutup juga akan dibuka seperti biasa.
Program Bandarku Ceria akan diadakan semula pada 7 Mei nanti.