Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bandtree Sdn Bhd lancar Mutiara Exchange

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 NOV – Bandtree Sdn Bhd telah melancarkan Mutiara Exchange dengan penjenamaan semula bekas Bangunan Ibu Pejabat DST pada majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Mutiara, bangunan berkenaan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan melancarkan Mutiara Exchange itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Dalam ucapan pelancaran Yang Berhormat Dato antara lain berharap agar transformasi itu menjadi contoh kepada bangunan lama dan baharu di Negara Brunei Darussalam, ke arah mempromosikan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, yang mana ianya adalah penting agar infrastruktur memenuhi keperluan syarikat multinasional.

    Turut hadir menyaksikan pelancaran itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Pengerusi Lembaga Pengarah Bandtree, Ketua Pegawai Eksekutif Bandtrees, pegawai kanan, penyewa dan tetamu.

    Sebagai salah satu bangunan paling ikonik di Brunei, Mutiara Exchange 13 tingkat telah beralih daripada mercu tanda penyewa tunggal kepada hab komuniti berbilang penyewa yang dinamik, memupuk kerjasama, inovasi dan pertumbuhan.

    Bangunan yang dibina pada pertengahan 1990an sebagai ruang pejabat gred-A dan ibu pejabat untuk DST, telah dihidupkan semula oleh Bandtree sejak 2021 untuk menyelaraskan dengan amalan mampan dan memenuhi keperluan perniagaan moden.

    Penambahbaikan tersebut menekankan komitmen Bandtree untuk menyediakan persekitaran yang inovatif dan mampan di Mutiara Exchange.

    Sejurus pelancaran itu, Yang Berhormat Dato dan tetamu khas yang lain telah mengadakan lawatan di ruang yang telah dinaik taraf. Seterusnya Yang Berhormat Dato turut melancarkan pejabat Deloitte Brunei yang terletak di aras 6.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa melancarkan Mutiara Exchange. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda