Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banduan ke-14 dihukum gantung di Singapura

    SINGAPURA, 26 JULAI – Singapura hari ini melaksanakan hukuman gantung seorang lelaki tempatan yang disabitkan kesalahan mengedar dadah, kata pegawai, dua hari sebelum hukuman mati yang dijadualkan terhadap banduan wanita pertama di negara kota itu dalam tempoh hampir 20 tahun.

    Mohd Aziz bin Hussain, disabitkan dan dijatuhi hukuman mati pada 2017 kerana mengedar “tidak kurang daripada 49.98 gram” heroin, telah dihukum bunuh di Penjara Changi, kata Biro Narkotik Pusat dalam satu kenyataan. Lelaki berusia 57 tahun itu adalah banduan ke-14 yang dihukum gantung sejak kerajaan meneruskan hukuman mati pada Mac 2022 selepas berehat selama dua tahun semasa pandemik COVID-19.

    Seorang banduan dadah wanita, Saridewi Djamani, 45, dijadualkan dihukum gantung pada Jumaat, menurut kumpulan hak asasi tempatan Transformative Justice Collective (TJC). – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda