Monday, July 14, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banduan lari, sembunyi dalam beg rakan

    LYON, 13 JULAI – Perkhidmatan penjara Perancis telah memulakan siasatan selepas seorang banduan melarikan diri dari penjara dengan bersembunyi dalam beg milik rakan banduannya yang dibebaskan, kelmarin.

    Banduan lelaki berusia 20 tahun itu dilaporkan berjaya melarikan diri dari Penjara Corbas, berhampiran Lyon, tenggara Perancis, pada Jumaat, menurut laporan stesen penyiaran BFMTV.

    Dalam satu kenyataan kepada AFP, pihak penjara berkata banduan tersebut sedang menjalani beberapa hukuman serentak ketika kejadian berlaku.

    “Dia mengambil kesempatan daripada pembebasan rakan banduannya dengan bersembunyi dalam beg dan keluar bersama-sama,” kata kenyataan itu.

    Menurut sumber yang rapat dengan siasatan, banduan berkenaan turut terlibat dalam siasatan kes berkaitan kumpulan jenayah terancang.

    Pihak penjara juga memaklumkan bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan dan Pendakwa Raya Lyon telah membuka siasatan jenayah berasingan terhadap insiden itu. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda