Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banduan maut telan pil beracun

    HERAT, AFGHANISTAN, 29 OKT – Tujuh banduan maut di barat Afghanistan selepas mereka menelan pil ‘beracun’ yang dicuri dari klinik penjara semasa satu rusuhan, kata pegawai hari ini.

    Pertempuran meletus pada malam semalam apabila pegawai penjara melancarkan operasi menggeledah untuk merampas dadah dan pisau dari sel di penjara di Herat, beritahu Jailani Farhad, jurucakap gabenor wilayah Herat kepada AFP.

    “Banduan membantah operasi menggeledah dan rusuhan meletus selepas itu,” kata Farhad.

    “Salah seorang banduan terbunuh dalam tembakan sementara tujuh yang lain menelan pil beracun yang dirampas dari dalam klinik penjara dan mereka meninggal dunia.”

    Tiga belas yang lain cedera semasa pertempuran yang berakhir pada awal pagi ini, menurut beliau.

    Beberapa penjara besar di Afghan mempunyai klinik untuk banduan mendapatkan rawatan dan ia sering menyimpan ubat penenang, terutamanya untuk merawat banduan yang terdiri daripada penagih dadah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda