PUTRAJAYA, 1 JUN – Seorang banduan bukan warganegara di penjara Sungai Buloh disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Susulan itu, beliau berkata KKM akan menyaring lebih 800 banduan serta 700 kakitangan di penjara itu. Katanya banduan itu, yang berada di penjara Sungai Buloh sejak 2016, telah dibebaskan pada 13 Mac lalu, bagaimanapun dia ditangkap semula oleh polis dan dihantar ke penjara sama sebelum menghantarnya pulang ke negara asal melalui Depoh Tahanan Imigresen Semenyih.
Semasa menjalani saringan di penjara itu, banduan tersebut didapati positif COVID-19. – Bernama