Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banduan sertai usaha perangi COVID-19

    TAOYUAN, TAIWAN – Di sebalik pagar berkawat di penjara Taipei, sekumpulan kecil tahanan menggunakan mesin jahit, untuk bekerja lebih masa bagi pembuatan topeng muka untuk membantu menghalang jangkitan COVID-19.

    Biasanya mereka akan membuat pakaian seragam penjara di kilang jahit di bandar Taoyuan.

    Tetapi selepas COVID-19 itu tersebar ke Taiwan, mereka beralih untuk membuat topeng, yang pada masa kini mengumpulkan hasil sebanyak 52,000 topeng muka sejak pertengahan Februari.

    Memenuhi kehendak topeng muka kelabu itu sendiri, seorang tahanan berusia 50 tahun yang bernama Yuh berkata dia menjaga keluarganya yang dekat di hatinya ketika dia bekerja.

    “Apabila mereka datang berjumpa saya, mereka berkata sangat sukar untuk membeli topeng muka di luar sana, saya berkata kepada mereka, ‘Ayah membuat topeng muka di sini, dan mungkin anda akan mendapat faedah dan berkesempatan untuk menggunakannya,” katanya kepada media.

    Para tahanan sedang sibuk menjahit untuk membuat topeng muka bagi membantu sama-sama memerangi COVID-19. – AFP
    Tahanan bertopeng muka melalui sebalik pagar berkawat di penjara Taipei di bandar Taoyuan. – AFP

    “Setiap kali saya menjahit topeng muka, saya berfikir sendiri bahawa ia boleh membawa keselamatan kepada keluarga saya.”

    Yuh kini memasuki tempoh 10 tahun menjalani hukuman selama 23 tahun kerana memiliki dadah dan senjata api.

    “Topeng muka kecil ini bukan sahaja memberi kita sumbangan kepada masyarakat, tetapi juga memberi kita harga diri,” katanya.

    Para tahanan yang telah menjadi sukarelawan untuk pekerjaan tersebut, bekerja dengan cepat menggunakan mesin yang mereka ketahui dengan baik.

    Selepas menjahit kain dengan mesin jahit, mereka berhati-hati memotong topeng dengan gunting kecil sebelum menyeterika dan membungkusnya.

    Penjara Taiwan secara rutin menggunakan tahanan untuk membuat produk daripada makanan sehingga pakaian dan sabun.

    Program ini direka untuk mengajar kemahiran praktikal bagi tahanan serta mengumpul dana untuk pampasan mangsa dan peningkatan kemudahan.

    Topeng dijual sekitar Tw$ 25 (AS$83 sen) dan para tahanan akan dibayar gaji kecil yang dapat mereka belanjakan dalam penjara.

    Shif tambahan

    Pusat pemulihan di seluruh Taiwan mengambil bahagian dalam skim baharu untuk menghasilkan topeng muka kain dan pelindung topeng muka untuk membekalkan kakitangan dan orang ramai.

    Taiwan pernah dilanda seketika dengan pembelian panik terhadap topeng muka awal tahun ini sehingga kerajaan memperkenalkan sistem catuan.

    Ia telah dijadikan contoh bagaimana menangani wabak, dengan kerajaan bergerak pantas untuk mengurangkan ketibaan luar negara dari kawasan yang dijangkiti dan mengeluarkan panduan perubatan yang jelas yang telah diterima pakai oleh orang ramai.

    Walaupun begitu dekat dengan wabak asal di tanah besar China, Taiwan hanya mempunyai 48 kes yang disahkan menghidap penyakit Covid-19 dengan satu kematian.

    Pemakaian topeng muka di kalangan orang awam telah menjadi agak meluas.

    Tetapi ramai mengatakan catuan semasa terhadap tiga topeng pembedahan seminggu tidak mencukupi.

    Disebabkan itu topeng muka menjadikan penjara-penjara amat diperlukan, tahanan dikerahkan untuk membuat topeng muka pembedahan untuk menambahkan stok.

    Yen Chih-hong, pegawai Penjara Taipei yang membantu menjalankan skim ini, berkata penghuni di penjara kini membuat sekitar 1,000 topeng muka setiap hari, meningkat dari awal 450 apabila tempahan terus meningkat.

    “Mereka sangat bersedia untuk melakukan kerja tambahan untuk memenuhi tempahan… kadang-kadang saya perlu meminta mereka untuk berehat,” katanya.

    Berdekatan, Hong Kong, yang mengalami kekurangan topeng muka yang meluas, telah lama menggunakan buruh tahanan untuk membuat topeng pembedahan, terutama untuk pekerja kerajaan dan penjaga kesihatan.

    Operasi di sana jauh lebih besar dengan tahanan yang dapat menghasilkan lebih daripada satu juta topeng sebulan.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kakitangan penjara bahkan pernah menyertai tahanan untuk meningkatkan penghasilan mereka.

    Pada minggu lalu, para pegawai berkata mereka akan melancarkan siasatan selepas beberapa penjara yang membuat topeng bakal memasarkan topeng di rak-rak farmasi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda