Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banduan tawan 139 pengawal dan kakitangan penjara

    QUITO, 12 JAN – Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua. 

    Mereka ditawan di penjara di wilayah Azuay dan Canar, Napo, Tungurahua dan Cotopaxi.

    “Polis dan angkatan tentera terus bekerjasama untuk membebaskan mereka,” menurut pihak berkuasa National Comprehensive Care Service for Adults Deprived of Liberty and Adolescent Offenders.

    Rusuhan tercetus selepas pihak berkuasa mengesahkan bahawa Adolfo Fito Macias, pengedar dadah utama negara dan ketua kumpulan jenayah Los Choneros telah melarikan diri dari Regional Prison Eight yang terletak di bandar Guayaquil.

    Presiden Ecuador, Daniel Noboa menggesa pasukan tentera dan polis untuk mengembalikan ketenteraman di penjara.

    Pada Isnin, Noboa mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk memerangi aktiviti jenayah, terutamanya di penjara, di tengah-tengah peningkatan keganasan yang dicetuskan oleh kumpulan yang bersaing untuk mengawal laluan pengedaran dadah. – Bernama

    Pandangan umum penjara Turi di Cuenca, Ecuador pada 11 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda