MELAKA – Terpilih sebagai seorang daripada wakil setiap etnik dan kaum di Melaka untuk membacakan ikrar Rukun Negara pada sambutan Hari Malaysia 2022 Jumaat ini merupakan sesuatu yang tidak dijangka buat S.Kanagalingam, 58. Mesra disapa Pillay, Kanagalingam yang mewakili masyarakat Chetti berkata beliau bangga dan bersemangat melakukan persiapan untuk bacaan ikrar di hadapan tetamu kehormat dan