Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai buaya tarik perhatian

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac 2008 – Seekor buaya mati ditemui di terapung-apung di perairan sungai Brunei di kawasan Kampung Dato Gandi berdekatan dengan Jambatan Queen.

    Menurut orang ramai yang sedang memancing ikan di tempat itu, bangkai buaya itu mula kelihatan kira-kira pada pukul 6 pagi, terapung-apung mengikut arus di kawasan itu. Punca kematian buaya itu belum diketahui.

    Sebelum ini, pada 5 Mac 2008 di daerah Tutong,  bangkai seekor buaya juga terlihat terapung-apung di Sungai Telamba, Kampung Telisai, Tutong menarik perhatian beberapa penduduk kampung dan pengguna jalan Telisai untuk melihatnya.

    Bangkai buaya tersebut hanyut menuju ke Sungai Danau, Tutong.

    Beberapa buah sungai di Daerah Tutong memang dihuni oleh buaya dan beberapa kejadian yang tidak diingini yang melibatkan buaya sering berlaku.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda