LAHAD DATU, 13 JAN – Bangkai seekor gajah ditemukan reput berhampiran sungai di perumahan ladang kelapa sawit di Jalan Silam di sini pada 3:15 petang semalam. Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penemuan tersebut. “Pihak kami menerima aduan daripada pihak ladang menyatakan terdapat bangkai gajah yang telah reput

