Monday, June 24, 2024
22.5 C
Brunei

    -

    Bangkai ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Ruat

    ALOR SETAR, 15 APRIL – Bangkai seekor ikan lumba-lumba dianggarkan seberat 220 kilogram dan panjang 1.8 meter ditemui terdampar di persisiran Pantai Ruat di Yan semalam.

    Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan Leftenan (PA), Zul Izzi Zulkifli berkata pihaknya menerima makluman mengenai penemuan bangkai ikan lumba-lumba itu daripada orang awam pada kira-kira 5 petang.

    “Enam anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) digerakkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati seekor ikan lumba-lumba telah terdampar di pantai itu disyaki terkena kipas bot.

    “APM kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Perikatan Negeri Kedah dan mengalihkan bangkai ikan itu ke lokasi lain bagi tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kapal induk pesawat AS tiba di Korea S

    SEOUL, 23 JUN – Sebuah kapal induk pesawat Amerika Syarikat (AS) tiba di Korea Selatan kelmarin untuk latihan ketenteraan bersama yang bertujuan untuk memerangi...