Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai jet F-16V ditemui

    TAIPEI, 12 JAN – Penyelamat Taiwan hari ini menemui lokasi bangkai jet F-16V yang terhempas di laut sehari sebelumnya, kurang dua bulan setelah Taiwan melancarkan skuadron pertamanya yang paling canggih.

    Jet tersebut hilang daripada skrin radar kira-kira setengah jam selepas berlepas untuk misi latihan rutin dari pangkalannya di barat daya Taiwan, kelmarin.

    Tentera udara berkata jet itu menjunam ke laut tanpa sebarang isyarat melentingkan diri daripada juruterbang berusia 28 tahun.

    Pusat menyelamat kebangsaan berkata bangkai fiuslaj telah ditemui namun tiada tanda-tanda juruterbang selepas pencarian semalaman melibatkan beberapa buah helikopter, kapal pengawal pantai dan lebih 60 orang pegawai.

    Insiden berkenaan merupakan satu kejutan bagi skuadron baharu F-16Vs buatan Amerika Syarikat yang ditempah pada November ketika Taiwan menaik taraf kapal-kapalnya berikutan ketegangan dengan China.

    Tentera udara berkata ia telah menggantungkan sementara keseluruhan kapal F16-nya.

    Beijing mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada jajahannya dan berikrar untuk merampasnya satu hari nanti, dengan cara paksaan jika perlu.

    Di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping, China meningkatkan tekanan ekonomi, diplomatik dan ketenteraan ke atas Taiwan.

    Tentera udara Taiwan mengalami beberapa kejadian kemalangan dalam beberapa tahun kebelakangan ketika ia terus menerima tekanan daripada China, yang meningkatkan serangan mendadak ke atas kon pertahanan udara sejak 2020.

    Tahun lalu, Taiwan merekodkan 969 serangan mendadak oleh kapal perang China memasuki zon pertahanan udaranya, menurut pangkalan data yang dikumpulkan oleh AFP, lebih dua kali ganda kira-kira 380 serangan yang dilakukan pada 2020.

    Mac lalu, Taiwan menggantungkan semua pesawat tenteranya selepas seorang juruterbang terbunuh dan seorang lagi hilang apabila pesawat mereka bertembung di udara, kemalangan ketiga dalam tempoh enam bulan. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda