Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai kapal hilang ditemui selepas 7 dekad

    WASHINGTON, 20 Ogos – Penyelidik mengumumkan semalam bahawa mereka telah menemui bangkai kapal perang hilang, USS Indianapolis, 72 tahun selepas kapal Perang Dunia ke-2 itu ditorpedokan oleh submarin Jepun.

    Bangkai kapal itu ditemui di Lautan Filipina 5.5km di bawah permukaan air, menurut dermawan dan pengasas bersama Microsoft, Paul Allen yang mengetuai krew penyelidikan awam bagi mencari lokasi kapal itu.

    Kapal itu diserang pada hari-hari terakhir Perang Dunia ke-2 selepas menyelesaikan satu misi rahsia menghantar komponen bom atom digunakan di Hiroshima.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda