Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai paus jarang ditemui terdampar di New Zealand

    ISTANBUL, 16 JULAI – Seekor ikan paus yang jarang ditemui telah terdampar di New Zealand dan pihak berkuasa mengakui bahawa tidak banyak yang diketahui mengenai spesies itu, lapor agensi Anadolu.

    Bangkai paus sepanjang kira-kira lima meter itu ditemui minggu lepas di pantai berhampiran Taiari Mouth di wilayah Otago, Pulau Selatan.

    “Dipercayai ini adalah paus spade-toothed jantan, spesies yang begitu jarang ditemui sehingga hampir tiada maklumat diketahui tentang mereka.”

    “Jika perkara ini disahkan, ia akan menjadi penemuan saintifik yang sangat penting,” kata Pegawai Jabatan Pemuliharaan (DoC), Gabe Davies dalam satu kenyataan.

    Paus spade-toothed adalah antara spesies mamalia besar yang paling kurang diketahui pada zaman moden, menurut DoC.

    Sejak 1800-an, hanya enam sampel pernah didokumentasikan di seluruh dunia dan kesemua sampel kecuali satu berasal dari New Zealand.

    “Berdasarkan sudut pandangan saintifik dan pemuliharaan, ini adalah penemuan besar.

    “Spesimen ini memberi peluang pertama untuk paus jenis spade-toothed dibedah,” kata Davies yang juga merupakan Pengurus Operasi Pesisir Otago DoC.

    DoC itu telah menghantar sampel ke Universiti Auckland sebagai kurator Arkib Tisu Cetacea New Zealand.

    Proses pengesahan DNA mungkin mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan sebelum dapat disahkan, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Dalam foto yang disediakan oleh renjer Jabatan Pemuliharaan Jim Fyfe dan Tumai Cassidy berjalan di samping paus yang dipercayai sebagai ikan paus bergigi spade yang jarang ditemui pada 5 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda