Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai penyu hijau ditemui terdampar

    LABUAN, 27 FEB – Bangkai seekor penyu hijau (Chelonia Mydas) ditemukan terdampar di Pantai Manikar berhampiran Palm Beach Resort & Spa, hari ini.

    Bangkai berukuran satu meter panjang dan berat lebih 50 kilogram itu ditemukan pasangan pelancong dari England pada 3:15 petang dan kemudian memaklumkan kepada seorang kenalan tempatan.

    Jabatan Perikanan Labuan kemudian dimaklumkan tentang penemuan bangkai itu untuk tindakan lanjut.

    Penemuan terbabit merupakan kedua dalam bulan ini selepas bangkai seekor penyu hijau tanpa sirip dan kepala ditemukan pekerja Restoran Thai Beach di Pantai Nagalang, pada 17 Februari lepas.

    Sementara itu, Pengarah Perikanan Labuan, Sufian Ahmad, ketika dihubungi berkata penyu hijau berkenaan dipercayai mati di laut sebelum dihanyutkan ke darat.

    “Pemeriksaan pada bahagian luar bangkai didapati keadaannya masih utuh, namun siasatan terperinci akan dilakukan untuk mengetahui punca kematian penyu itu,” katanya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda