Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkai penyu hijau ditemukan terdampar di Labuan

    LABUAN, 14 FEB – Seekor penyu hijau (Chelonia mydas) ditemukan mati di pantai Kampung Sungai Labu hari ini dipercayai terkena kipas enjin bot.

    Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Suhaili berkata penyu itu, yang berukuran hampir satu meter panjang, dipercayai telah dibawa arus ke pantai peranginan tersebut beberapa hari lepas.

    “Kami mendapati ada kesan kecederaan teruk (pada badan penyu) tetapi tisu telah kembung dan berbau, menunjukkan bahawa penyu itu telah mati beberapa hari,” katanya kepada Bernama.

    Bangkai penyu berkenaan ditemukan oleh seorang penduduk kampung pada 7:28 pagi tadi dan beliau memaklumkan hal tersebut kepada jurufoto Bernama Muqtadir Halim yang kemudiannya melaporkan penemuan itu kepada Jabatan Perikanan Labuan.

    Penyu hijau merupakan spesies yang biasa ditemui di perairan tropika dan subtropika dan seperti penyu lain, spesies itu melakukan migrasi jarak jauh di antara tempat makan dan pantai ia menetas.

    Reptilia itu diklasifikasikan sebagai spesies terancam akibat aktiviti pengambilan telur, pemburuan, terperangkap dalam peralatan menangkap ikan dan kehilangan tempat bertelur. – Bernama

    Seorang penduduk menunjukkan bangkai seekor penyu agar yang ditemui di pantai Kampung Sungai Labu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda