Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangkok bersiap-sedia

    BANGKOK, 31 OKT – Thailand sedang membuat persiapan terakhir bagi Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan mesyuarat berkaitan yang bakal mengumpulkan semua pemimpin di rantau ini bagi menghadiri mesyuarat tahunan itu bermula 2 Nov ini.

    Sidang kemuncak dan mesyuarat yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan di IMPACT Exhibition and Convention Centre di Nonthaburi, Bangkok. Tinjauan Bernama di sekitar lokasi seluas 140,000 meter persegi hari ini mendapati kawalan keselamatan diperketatkan di sebalik persiapan terakhir yang sedang dilakukan menjelang sidang kemuncak itu.

    Selain pemimpin dari 10 negara anggota Asean, ia juga akan dihadiri pemimpin dari China, Jepun Korea dan Australia serta AS. -Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda