Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Bangku-bangku jualan ayam dan daging serta bangku memarut kelapa akan berpindah ke Bangunan Pasar Ayam dan Daging bersebelahan Bangunan Pasar Gadong bermula hari ini.
Pemindahan bangku-bangku berkenaan yang sebelum ini ditempatkan bersama bangku-bangku jualan ikan di Bangunan Pasar Gadong telah dimaklumkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Jabatan berkenaan juga memaklumkan bahawa waktu perniagaan adalah pada setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 6 petang kecuali Jumaat iaitu dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 6 petang.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/06/P7-4Bangku_09062023.jpg)