Friday, February 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh diancam banjir

    DHAKA, BANGLADESH, 28 JUN – Bangladesh akan berdepan dengan ancaman banjir besar sekali gus boleh menyebabkan kemusnahan pada tanah pertanian di seluruh wilayah utara negara delta itu, kata para pegawai hari ini.

    Pusat ramalan dan amaran banjir negara itu mengatakan paras air di kebanyakan sungai terus meningkat, menimbulkan ancaman terhadap tambak perlindungan banjir mungkin pecah, berpotensi menjejaskan ratusan ribu penduduk di kawasan lebih dari 20 daerah.

    Abdur Rahim, seorang pegawai pengurusan bencana di daerah Sirajganj utara, mengatakan kira-kira 50,000 keluarga telah terjejas selepas air di Sungai Jamuna melimpah keluar.

    “Jika keadaan air sungai terus naik, banyak daerah bakal berdepan dengan ancaman banjir. Tanda-tanda ini tidak baik,” katanya.

    Di bahagian lain di utara, permukaan air di beberapa sungai utama, termasuk Teesta dan Dharla, telah meningkat akibat hujan lebat dalam beberapa hari terakhir, membanjiri banyak kawasan di daerah Lalmonirhat, Nilphamari, Gaibandha dan Kurigram, menurut pusat itu. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda