Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bangladesh gesa pembersihan etnik Rohingya dihentikan

    COX’S BAZAR, BANGLADESH, 25 OGOS – Pemimpin sementara Bangladesh, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Muhammad Yunus, menegaskan hari ini kepada masyarakat antarabangsa supaya memikul ‘tanggungjawab moral’ bagi menghentikan pembersihan etnik terhadap penduduk minoriti Rohingya di Myanmar yang tertindas.

    Lebih sejuta etnik Rohingya kini menetap di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh, majoritinya melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar pada 2017.

    “Bangladesh kini menempatkan 1.3 juta Rohingya yang dipaksa lari dari Myanmar,” katanya pada satu persidangan bantuan di Cox’s Bazar, yang digelar sebagai ‘kem pelarian terbesar di dunia’.

    Yunus berkata perbincangan itu bertujuan membincangkan nasib pelarian Rohingya dan mencari jalan untuk memastikan kepulangan awal, sukarela dan mampan ke negara asal, meskipun masih terdapat kemasukan baharu serta pengurangan bantuan antarabangsa memburukkan krisis.

    Persidangan hari ini berlangsung menjelang mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung krisis Rohingya di New York pada 30 September.

    Yunus menegaskan walaupun Bangladesh masih menjadi tuan rumah kepada pelarian, sokongan global amat diperlukan. – AFP

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...

    Mangsa terselamat kapal karam berdepan pertuduhan di mahkamah Malaysia

    KUALA LUMPUR, 19 NOV – Seramai 11 mangsa terselamat...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...