Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bangladesh harungi banjir terburuk hampir 20 tahun

    SUNAGANJ, BANGLADESH, 22 MEI – Pihak penyelamat Bangladesh berdepan kesukaran untuk menyelamatkan jutaan penduduk yang terperangkap akibat cuaca melampau di seluruh wilayah itu, dan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang.

    Kejadian banjir yang berlaku di timur laut Bangladesh itu adalah yang paling teruk dalam masa hampir 20 tahun, namun ia kini mula surut,

    Kejadian banjir sering mengancam jutaan penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Bangladesh dan negara berjiran di timur laut India, tetapi ramai pakar berkata perubahan iklim semakin sering berlaku, ganas dan sukar diramal.

    Sejak beberapa minggu kebelakangan selepas hujan lebat di India, air banjir melimpah di tebing-tebing utama di wilayah Sylhet, Bangladesh, menjejaskan kira-kira dua juta penduduk, menghanyutkan berpuluh-puluh penduduk dan mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.

    Arifuzzman Bhuiyan, ketua Pusat Amaran dan Ramalan Banjir, memberitahu AFP bahawa banjir melanda kira-kira 70 peratus daerah Sylhet dan sekitar 60 peratus kawasan kejiranan Sunamganj.

    “Ia adalah salah satu kejadian banjir paling buruk di wilayah ini,” dia memberitahu AFP.

    Namun dia berkata situasi mungkin pulih dalam masa beberapa hari selepas hujan lebat berhenti. Pihak polis berkata pergaduhan tercetus di bandar perkampungan di Companyganj kelmarin ketika pihak berkuasa mempergiatkan operasi menyelamat bagi kira-kira dua juta penduduk.

    “Jumlah penduduk yang terjejas melebih pek bantuan yang diagihkan. Sampai satu tahap, semua orang mula merampas barang-barang bantuan memaksa pihak polis meleraikan orang ramai,” kata ketua polis tempatan, Sukanto Chakrobarti kepada AFP.

    Mozibur Rahman, ketua daerah Sylhet, berkata tebing yang dihanyutkan di sepanjang sempadan Bangladesh-India masih belum dibaiki. – AFP

    Kanak-kanak menaiki rakit untuk meredah kawasan banjir selepas hujan lebat di kawasan rendah di Bangladesh dan India. Bangladesh mengalami kejadian banjir paling teruk dalam masa hampir 20 tahun.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...