Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh kerah kapal perang lindungi ikan hilsa

    DHAKA, 5 OKT – Pasukan pertahanan Bangladesh mengerahkan kapal perang dan pesawat peronda sebagai sebahagian daripada operasi pengawasan khas bagi melindungi ikan hilsa berharga daripada aktiviti penangkapan haram semasa musim bertelur, menurut kenyataan pihak berkuasa.
     
    Ikan hilsa yang menyerupai ikan hering, adalah ikan kebangsaan Bangladesh dan digemari ramai di Bengal Barat, bersebelahan India, akan kembali dari Teluk Bengal ke sungai setiap tahun untuk bertelur.
     
    Pihak berkuasa Bangladesh kelmarin mengumumkan larangan menangkap ikan selama tiga minggu, dari 4 hingga 25 Oktober, bagi melindungi kawasan bertelur tersebut.
     
    Menurut Perkhidmatan Perhubungan Awam pasukan pertahanan, sebanyak  17 kapal perang tentera laut dan helikopter rondaan telah dikerahkan untuk menguatkuasakan larangan itu dan melindungi ikan berkenaan.
     
    “Kapal perang dan pesawat rondaan maritim canggih telah menjalankan pengawasan 24 jam bagi menghalang nelayan tempatan dan asing daripada menceroboh ke laut dalam,” menurut kenyataan itu.
     
    Jutaan penduduk Bangladesh bergantung kepada ikan hilsa, yang boleh dijual sehingga AS$18.40 sekilogram di Dhaka.
     
    Flotila nelayan India pula menangkap ikan di perairan payau Sungai Ganges dan delta yang luas, bagi memenuhi permintaan di kota besar Kolkata serta negeri West Bengal, yang mempunyai populasi melebihi 100 juta orang. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda