DHAKA, 5 JULAI – Bangladesh merekodkan 678 kes denggi kelmarin, iaitu jumlah tertinggi dalam sehari setakat tahun ini, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), lapor Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lalu, lima orang maut akibat penyakit bawaan nyamuk itu, jumlah tertinggi sejak Januari, sekali gus menjadikan angka kematian rasmi kepada 61 orang bagi tahun ini.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, 429 orang di Dhaka disahkan menghidap denggi kelmarin.
Dengan jangkitan baharu itu, jumlah kes denggi meningkat kepada 9,871 setakat tahun ini, menurut DGHS.
Seramai 8,141 pesakit telah pulang ke rumah selepas menerima rawatan.
Dengan populasi 170 juta, Bangladesh amat terdedah kepada denggi kerana kekurangan pengawasan penyakit. – Bernama










