Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh lulus perbelanjaan pembangunan tahunan AS$19 bilion

    DHAKA, 19 MEI – Badan pembuat dasar ekonomi tertinggi kerajaan Bangladesh telah meluluskan Program Pembangunan Tahunan (ADP) berjumlah 2.3 trilion taka (hampir AS$19 bilion) bagi tahun kewangan Julai 2025 hingga Jun 2026.

    Jumlah tersebut adalah 6.58 peratus lebih tinggi berbanding ADP yang telah disemak semula bagi tahun kewangan semasa Jun 2024 hingga Julai 2025.

    ADP baharu itu telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) yang dipengerusikan oleh Penasihat Utama kerajaan sementara Bangladesh merangkap Pengerusi NEC, Muhammad Yunus, kelmarin.

    Selepas mesyuarat itu berakhir, Penasihat Perancangan Bangladesh, Wahiduddin Mahmud memberitahu wartawan, daripada jumlah peruntukan ADP sebanyak 2.3 trilion taka bagi tahun kewangan akan datang, sebanyak 1.44 trilion taka akan diperoleh daripada sumber tempatan manakala baki 860 bilion taka adalah bantuan projek asing.

    ADP untuk tahun kewangan akan datang memberi keutamaan tertinggi kepada sektor pengangkutan, komunikasi serta tenaga dan kuasa, di samping menitikberatkan penggunaan dana awam secara optimum dengan mengelakkan pembaziran.

    Sebanyak 1,143 projek disenaraikan dalam ADP bagi pelaksanaan sepanjang tahun kewangan tersebut. – Xinhua

    Gambar fail Muhammad Yunus bercakap semasa sidang kemuncak iklim, di Azerbajian, pada 13 November 2024. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda