DHAKA, BANGLADESH, 12 MEI – Pihak berkuasa di Bangladesh dan Myanmar bersiap sedia untuk memindahkan ratusan ribu orang hari ini, memberi amaran kepada mereka supaya menjauhi kawasan pantai ketika taufan teruk melanda Teluk Benggala.
Taufan Mocha dijangka melanda darat pada Ahad dengan kelajuan angin sehingga 160 kilometer sejam (kmsj) dan tiupan sehingga 175kmsj antara Bangladesh dan Myanmar, kata Jabatan Meteorologi India.
Bangladesh, sebuah negara delta dengan lebih 160 juta penduduk, terdedah kepada bencana alam seperti banjir dan taufan.
Pemindahan hampir 500,000 orang dijangka bermula esok dengan 576 pusat perlindungan taufan sedia memberi perlindungan kepada mereka yang dipindahkan dari rumah mereka di sepanjang pantai, kata pentadbir kerajaan Bangladesh, Muhammad Shaheen Imran.
Jawatankuasa itu berkata ia meningkatkan tindak balas kecemasannya de-ngan mengerahkan pasukan perubatan bergerak untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak perempuan, warga emas dan orang kelainan upaya. IRC ialah pertubuhan bukan kerajaan bantuan kemanusiaan global, bantuan dan pembangunan.
Pada Mei 2008, Taufan Nargis melanda Myanmar dengan gelombang ribut yang memusnahkan kawasan berpenduduk di sekitar delta Sungai Irrawaddy. Sekurang-kurangnya 138,000 orang terkorban dan puluhan ribu buah rumah dan bangunan lain dihanyutkan.
Pihak berkuasa Myanmar memberi amaran tentang kemungkinan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan pantai kerana penduduk menyimpan bekalan penting, kata Hla Tun, pengarah di Jabatan Meteorologi dan Hidrologi. – AP