Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh, Nepal raikan tahun baharu

    DHAKA, 14 APRIL – Beribu-ribu orang di Bangladesh dan Nepal hari ini meraikan tahun baharu masing-masing dengan perarakan berwarna-warni dan perhimpunan muzikal selepas dua tahun menyepi, ketika pandemik reda dan kehidupan kembali kepada normal.

    Di ibu negara Bangladesh, Dhaka, orang ramai mengenakan pakaian tradisional berwarna merah meraikan tahun Bengali 1429. Mereka berarak, menyanyi dan menari di sebuah kolej seni terkemuka di kampus University Dhaka dan taman bersejarah Ramna.

    Perarakan serupa dianjurkan di bahagian lain Dhaka dan tempat lain di negara itu, namun keraian juga sederhana ketika majoriti Muslim Bangladesh turut berpuasa Ramadan di tengah-tengah kepanasan.

    “Saya sangat gembira dapat menyertai perarakan hari ini. Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, kita tak dapat meraikannya,” kata ahli perniagaan, Tapan Chowdhury yang menyertai perarakan bersama keluarganya. “Ia adalah hari terbaik untuk meraikannya, tidak mengira kepercayaan agama,” tambahnya.

    Orang ramai berarak di sebatang jalan meraikan Tahun Baharu Bengali atau Pohela Boisakh di Dhaka, 14 April. –AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda