Wednesday, February 26, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh, Pakistan mulakan perdagangan langsung

    DHAKA, 25 FEB – Bangladesh dan Pakistan telah memulakan perdagangan langsung antara kedua-dua buah negara dengan import 50,000 tan beras selepas hubungan mereka terjejas selama beberapa dekad, kata Dhaka hari ini.

    Kedua-dua negara itu pernah menjadi sebuah negara tetapi berpecah dalam perang 1971, dengan Bangladesh semakin rapat dengan India.

    Sementara itu, bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang digulingkan dalam revolusi Ogos 2024, telah mengingkari permohonan diekstradisi untuk menghadapi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.

    Hubungan antara India dan kerajaan baharu Bangladesh menjadi dingin sejak itu, membolehkan Islamabad dan Dhaka membina semula hubungan secara beransur-ansur.

    Perdagangan persendirian langsung antara negara dimulakan semula pada November 2024, apabila sebuah kapal kontena belayar dari Karachi Pakistan ke Chittagong Bangladesh.

    Ia merupakan kapal kargo pertama dalam beberapa dekad yang belayar secara terus antara negara itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda