DHAKA, 5 FEB – Hampir 100,000 pemimpin dan aktivis dari parti pembangkang utama Bangladesh kelmarin berhimpun di Dhaka bagi membantah kenaikan harga gas dan komoditi lain serta menuntut kerajaan sementara diwujudkan menjelang pilihan raya, lapor agensi Anadolu.
“Tindakan ini adalah untuk memastikan rakyat dapat mengundi dan memulihkan demokrasi, menggulingkan kerajaan Liga Awami yang fasis.
“Setiap kali Liga Awami berkuasa, mereka merampas hak demokrasi rakyat dan cuba menjadikan negara ini sebagai negara satu parti seperti yang mereka lakukan pada 1975,” kata Setiausaha Agung Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) Mirza Fakhrul Islam Alamgir menerusi ucapannya ketika perhimpunan itu.
BNP melaungkan slogan menentang kenaikan harga gas, komoditi harian serta pelanggaran hak asasi manusia, yang membabitkan kejadian kehilangan dan pembunuhan. – Bernama











