COX’S BAZAR, 27 Ogos – Lebih 70 pelarian Rohingya dihantar pulang ke Myanmar selepas ditahan kira-kira empat kilometer dalam wilayah Bangladesh, ketika menuju ke kem pelarian di Kutupalong.
Bangladesh mengambil tindakan itu beberapa jam selepas tentera Myanmar melepaskan tembakan terhadap etnik Rohingya yang melarikan diri dari negara itu. Semalam, polis Myanmar memintas sekumpulan 70 pendatang Rohingya ketika merentasi zon sempadan.
Berikutan itu, tentera Myanmar melepaskan tembakan mortar dan mesingan ke arah penduduk yang melarikan diri dari Rakhine, di utara negara itu menuju Bangladesh.
“Penduduk itu ditahan kira-kira empat kilometer dalam wilayah Bangladesh ketika menuju ke kem pelarian di Kutupalong, iaitu lokasi ribuan pendatang Rohingya berlindung di kawasan yang daif.
“Semua 70 pendatang ditahan dan dihantar balik ke Myanmar oleh pengawal sempadan,” kata ketua polis tempatan, Abul Khaer. – AFP