Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangladesh siasat kematian misteri zebra di taman safari

    DHAKA, 31 JAN – Bangladesh sedang menyiasat kematian misteri puluhan ekor kuda zebra di taman safari yang terbesar di negara itu, dengan para pegawai menyalahkan berlaku perkelahian dan penyakit bakteria yang tidak diketahui.

    Sebanyak 11 zebra dan seekor harimau Bengal, telah mati sejak awal bulan ini di kandang berkeluasan 1,500 hektar, utara bandar Dhaka. Sebelum dua kematian terbaharu minggu lalu, ketua taman Mohammad Jahidul Kabir berkata lima daripadanya mati akibat jangkitan bakteria dan empat lagi cedera selepas berkelahi sesama sendiri.

    Kes itu terdedah selepas seorang pengawal selia tempatan mengunjungi taman itu minggu lalu, menekan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan, sementara seorang doktor haiwan dan dua pegawai lain telah digantung kerja. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda