Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bangladesh, Turkiye bincang kerjasama sektor aeroangkasa

    NEW DELHI, 13 APRIL – Bangladesh dan Turkiye telah membincangkan kerjasama dalam sektor aeroangkasa semasa lawatan Penasihat Hal Ehwal Luar Kerajaan Interim Bangladesh, Mohammad Touhid Hossain, ke bandar Antalya, Turkiye.

    Ketua Hal Ehwal Luar Bangladesh itu telah bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries (TAI), Mehmet Demiroğlu, di luar sesi Forum Diplomasi Antalya.

    “Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi aeroangkasa termasuk kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), pemindahan teknologi, pembangunan sumber manusia dan pelaburan di Bangladesh,” menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Bangladesh menerusi satu hantaran di media sosial kelmarin.

    Touhid berkata Bangladesh memerlukan rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam bidang teknologi aeroangkasa dan akan membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara sekiranya kedua-dua negara bekerjasama.

    Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meneroka peluang pelaburan di Bangladesh dan satu delegasi peringkat tinggi dari Turkiye akan mengadakan lawatan ke negara itu bagi membincangkan kerjasama masa depan.

    Produk keluaran TAI merangkumi helikopter, pesawat dan UAV.

    Bangladesh juga merupakan antara negara yang mengoperasikan dron tempur Bayraktar TB2 keluaran syarikat Turkiye, Baykar. – BERNAMA

    Satu UAV dilihat berterbangan di tengah hutan. Bangladesh dan Turkiye bincang kerjasama sektor aeroangkasa. – Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...