Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banglo RM290 juta JLo dan Ben Affleck gagal dijual

    Sudah dua bulan diletakkan dalam pasaran, banglo mewah milik Ben Affleck dan Jennifer Lopez bernilai RM290 juta masih gagal dijual, lapor mStar.

    Seorang pakar hartanah menyifatkan harga berkenaan sebagai melampau dan berdasarkan kawasan, rumah itu hanya bernilai RM100 juta.

    “Rumah itu sepatutnya dijual pada harga RM100 juta sahaja. Lokasinya tak strategik dan sistem keselamatan juga lemah.

    “Kawasan kejiranan yang tak berpagar dan tiada pengawal keselamatan. Kebanyakkan rumah dekat situ pun dibina pada tahun 1970an,” katanya.

    Tidak hanya itu, rumah pasangan berkenaan juga tidak memiliki sebarang daya tarikan selain seni binanya ketinggalan zaman.

    Malah kos penyelenggaraan yang tinggi membantutkan niat pembeli untuk memiliki rumah agam tersebut.

    “Rumah itu sangat hodoh. Dibina pada tahun 2001 dengan reka bentuk biasa.

    “Ia seakan-akan tak berguna di situ. Terlalu besar sehinggakan mahu selenggara rumah itu memakan modal sebanyak RM3.3 juta,” katanya.

    Sebelum ini, rumah agam yang terletak di California itu dibeli pasangan tersebut selepas mendirikan rumah tangga pada 2022.

    Bagaimanapun, Ben dan JLo bertindak menjual rumah tersebut selepas perkahwinan mereka mula bergolak sejak Jun lalu. – Agensi

    Rumah Ben dan Jennifer disifatkan ketiggalan zaman. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda