Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bangun sistem PS4-S kesan masalah mental pelajar

    KUCHING – Empat pensyarah dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berjaya membangunkan sistem sokongan psikoemosional untuk pelajar atau Psychoemotional Support for Students (PS4-S) bagi membantu mendiagnosis pelajar yang mengalami tekanan mental.

    Sistem itu yang terdiri daripada 20 soalan mengenai perasaan dialami individu, dibangunkan bersama oleh Pensyarah Kanan Sains Kognitif UNIMAS, Dr Mohamad Hardyman Barawi dan pensyarah, Ross Azura Zahit, Dr Abdul Razak Yahya Salleh Al-Hababi dan Dr Wan Norizan Wan Hashim.

    Dr Mohamad Hardyman berkata setiap jawapan mempengaruhi keputusan diagnosis yang dikategorikan mengikut skala normal, sedikit, sederhana sehinggalah ke tahap kemurungan, iaitu ahli psikologi akan mengesyorkan kaedah terapi dan jika perlu membuat janji temu dengan pegawai psikiatri berdaftar.

    “Sistem itu amat membantu ahli psikologi untuk mendiagnosis pesakit bagi mendapatkan keputusan yang tepat untuk mencari penyelesaian dalam menentukan jenis rawatan yang sesuai bagi mencegah gangguan mental, tingkah laku dan emosi seseorang individu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Katanya, kejayaan membangunkan sistem PS4-S ini juga membolehkan mereka memenangi pingat emas dalam Pameran dan Pertandingan Inovasi Kaunseling Antarabangsa anjuran Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa tahun lepas.

    Dr Mohamad Hardyman (kanan) dari Fakulti Sains Kognitid dan Pembangunan Manusia Srawak (Unimas) membantu seorang pelajar menggunakan alat permainan ‘Virtual Reality’ atau realiti maya sebagai salah satu kaedah untuk menghilangkan tekanan. – Bernama

    “Sebagai permulaan, sistem PS4-S ini diguna pakai di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia dan seterusnya akan dicadangkan digunakan di seluruh UNIMAS bagi membantu mendiagnosis pelajar yang cenderung berubah dari segi tingkah laku,” katanya.

    Dr Mohamad Hardyman berkata kesihatan mental yang merujuk kepada kesejahteraan fizikal, mental dan sosial perlu diberi perhatian dan rawatan pakar psikiatri, khususnya dalam kalangan individu yang cenderung mengalami tekanan mental. Beliau berkata masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kecenderungan individu yang mengalaminya untuk membunuh diri.

    Katanya sistem PS4-S mampu digunakan sebagai pendekatan awal untuk menilai tahap kesihatan mental pelajar yang dikesan mengalami perubahan dari segi tingkah laku.

    Jelasnya, untuk memastikan penilaian kesihatan mental itu lebih tepat, kebiasaannya memerlukan bantuan pakar agar keputusan yang diperoleh adalah lebih jujur berdasarkan situasi semasa individu yang didiagnosis.

    “Hasil keputusan atau laporan yang tepat membolehkan ahli psikologi mencadangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk dijalankan bagi memulihkan emosi seseorang dengan menjalani terapi seperti terapi interpersonal, psikodinamik dan terapi seni,” tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...