Wednesday, February 12, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Bangun Subuh’, bersenam pupuk ummah sihat dan kuat

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Kumpulan Belia Syababus Salam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pagi tadi mengadakan Riadah Sempena Ilal Hijrah 1445 bagi kali kedua yang berlangsung di perkarangan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Acara yang disertai oleh ahli-ahli jawatankuasa takmir, jemaah Muslimah, Belia Syababus Salam dan jemaah Masjid Omar ‘Ali Saifuddien ini turut dibukakan kepada orang ramai.
    Antara pengisian acara ini ialah sembahyang Subuh berjemaah, tazkirah Subuh, senaman ringan dan riadah berjalan kaki.

    Acara ini merupakan salah satu kegiatan Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien bagi memupuk ummah untuk menjadi warga sihat dan kuat, dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah.

    Program tersebut diisi dengan aktiviti seperti senaman ringan dan riadah berjalan kaki. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda