Saturday, October 5, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan 5 tingkat runtuh ragut 7 jiwa

    KAHERAH, 17 JULAI – Kira-kira tujuh orang maut, manakala seorang lagi cedera hari ini selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di ibu negara Mesir, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Pasukan penyelamat sedang mengesan seorang wanita yang hilang di bawah runtuhan, lapor laman sesawang milik kerajaan, Ahram.

    Sementara itu, dua bangunan berdekatan dikosongkan sehingga pihak berkuasa perbandaran memeriksa keselamatan premis.

    Kemalangan itu berlaku sehari selepas dua bangunan runtuh di wilayah Iskandariah dan Beheira di utara Mesir, mengorbankan lima orang dan mencederakan 11 yang lain. – Bernama

    Penyelamat mencari melalui runtuhan bangunan pangsapuri lima tingkat yang runtuh di Kaherah, Mesir kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda