VENICE – Selama berabad-abad arked yang tersergam indah mengapit Dataran St Mark di Venice telah melambangkan keanggunan, keharmonian dan kehebatan seni bina bandar berair berkenaan. Kini, bangunan agam era Renaissance dengan galerinya menjangkau sejauh mata memandang di utara dataran dijangka dibuka kepada orang awam buat kali pertamanya pada Jumaat, susulan pengubahsuaian selama tiga tahun. Bangunan